eKelas Live Minggu 1

8 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

PIM Sibuti telah mengadakan eKelas Live yang dibawakan khas daripada Maxis bagi minggu pertama untuk tahun 2020. Matlamat utama kelas ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar khasnya mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini seperti UPSR, PT3, dan SPM. Semasa kelas berkenaan berlangsung para pelajar akan mendengar taklimat daripada cikgu secara langsung menggunakan aplikasi “zoom”. Selain itu, para pelajar juga boleh menggunakan Learning Port untuk tujuan pembelajaran. Pada 6 Mac adalah sesi secara langsung untuk subjek Bahasa Inggeris manakala hari berikutnya adalah untuk subjek Matematik dan Sains.

Seramai 12 orang kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah yang juga merupakan ahli berdaftar telah menyertai kelas berkenaan. Kelas tersebut telah berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 10 pagi sehingga 1 petang dan diadakan di bilik latihan PIM Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali